Sedar sebelum terkena, kenali 7 taktik 'scam' yang selalu jadi di Malaysia

Perbuatan tipu daya orang awam atau 'scam' sering kali berlaku. Lebih tragis lagi, rata-rata mangsa yang pernah berdepan situasi ini mengalami kerugian yang sangat besar kerana terlampau percaya dengan helah mereka.

Bagi membendung ianya sebelum menjadi makin parah, seorang pemilik Twitter menggunakan nama @Emadnurdin ada berkongsi 7 taktik 'scam' yang sering terjadi di Malaysia.

1. Upah servis scams

Kebiasaannya ia berlaku melibatkan atur cara majlis. Mereka akan 'hilang' tanpa khabar  selepas selesai membuat pembayaran sama ada secara deposit atau penuh.

Agak terkilan apabila pengiklanan yang dibuat di media sosial hanya indah khabar dari rupa. Justeru itu, pentingnya untuk mangsa yang pernah terkena mewar-warkannya sekaligus dapat mengelakkan kejadian sama berulang.

2. Too good to be true scams

Diingatkan kepada pengguna di luar sana agar sentiasa berhati-hati dengan iklan jual beli yang menawarkan harga murah yang tak masuk akal.

Jika nampak telefon pintar mudah alih, laptop atau pakej percutian yang murah, lebih baik buat semakan terlebih dahulu kesahihan iklan berkenaan.

Sementara, bagi pakej percutian pula boleh minta pihak mereka sertakan nombor lesen Motac bagi membuktikan tawaran tersebut wujud atau sebaliknya.

3. Fake friends scam

Menggunakan gambar kita untuk meraih simpati pengguna media sosial merupakan 'scam' yang sering berlaku.

Tujuan mereka mengolah segala cerita bagi mendapatkan simpati dan seterusnya orang ramai akan percaya dan membuat transaksi dengan niat ingin meringankan bebanannya.

Lebih tak masuk akal, ada juga yang sehingga menjadikan tukang 'scam' ni kawan baik di media sosial, mungkin kerana kasihan.

4. OTP Scams

Nampak macam biasa, tapi ini antara kesilapan yang kita selalu buat apabila percaya 'bulat-bulat' mesej yang terima dari nombor tak dikenali.

Betapa bahayanya OTP Scams ini bilamana mereka akan mengakses masuk ke akaun kita dan mengeluarkan sejumlah yang diperlukan sekelip mata.

5. Extra charge payment

Bagi pencinta 'shopping online', mungkin pernah terkena apabila menerima mesej memberitahu kita ada buat lebihan bayaran.

Jadi, mereka akan minta maklumat bank dan buat resit palsu untuk meminta kita bayar dengan sejumlah bayaran bagi melepaskan bayaran balik (refund) tersebut.

6. APK Scams

Kejadian yang boleh dikatakan jarang berlaku, namun tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana adakalanya kita terlepas pandang.

Jadi, diingatkan untuk elak memuat turun (download) sebarang aplikasi yang tiada kaitan dengan Play Storre / App Store yang memerlukan individu mengisi borang tentang hal berkaitan peribadi.

Selain itu, abaikan aplikasi yang meminta 'SMS Permission' kerana sekali individu 'allow' laman sesawang, mereka boleh perolah OTP dari telefon secara langsung.

7. Employment scams

Sayangnya, iklan peluang pekerjaan di media sosial kini juga menjadi taktik 'scam' yang makin membimbangkan.

Sudahlah kita tiada pendapatan lagi, disuruhnya pula membuat bayaran pendaftaran untuk temu duga atau beli barangan untuk memulakan kerja.

Perkongsian ini sedikit sebanyak mungkin mampu memberi kesedaran kepada orang ramai di luar sana sekaligus berharap agar mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menyesal kelak.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen