Ciri-Ciri Wanita Buruan Lelaki.

Ada di antara teman-teman gadis pembaca  yang masih berusaha mendekati jejaka pujaan malah, ada pula yang buntu pabila tiada lelaki yang sudi atau rela mendekati. Kami senaraikan lima kualiti wanita buruan lelaki yang mesti anda semak; lakukan perubahan dan tingkatkan kualiti diri agar selayang pandang, mata mereka pantas terpaut!



Sederhana Tetapi Menawan.

Inilah kombinasi fizikal yang dicari-cari ramai lelaki. Lelaki lazimnya kurang gemar melihat wanita bersolek tebal, bergaya keterlaluan atau terlalu berani. Ringkasnya, bijak bergaya. Pun begitu, bukan satu perkara yang mudah buat lelaki mendapatkan wanita atau gadis yang mempunyai nisbah kombinasi personaliti yang serba sederhana tetapi menawan.

Penuh Kewanitaan.

Selaras dengan tuntutan era kepesatan pembangunan, sifat feminin juga semakin terhakis dalam diri wanita masa kini. Lelaki memerlukan wanita yang penuh pesona lemah lembut, romantik dan prihatin. Ini kerana lelaki melihat wanita sebagai tempat untuk bermanja dan dimanja, tempat mencurah kasih, berkongsi pendapat dan mendapatkan dorongan. Dengan sedikit sikap berdikari, anda tentunya wanita yang menjadi buruan lelaki.



Nujum.

Lelaki selalu mengharapkan pasangannya sentiasa mengerti dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Justeru, jadilah wanita yang kaya dengan pelbagai info tentang lelaki, praktikkannya dalam hubungan dan nescaya pasangan anda akan merasa kagum! Malah, bertambah sayang!

Naluri Keibuan.

Lelaki amat menyenangi wanita yang kaya sifat keibuan. Minda lelaki berpendapat bahawa wanita dengan sifat keibuan bukan saja kaya sifat prihatin, malah memberi jaminan kepada ciri-ciri seorang ibu yang cemerlang kepada anak-anaknya kelak.

Tidak Remeh.

Lelaki suka mendekati wanita yang tidak remeh atau banyak kerenah. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen