Letak batu tiap kali sujud, cara solat lelaki ini jadi perdebatan. -"Tak betul cari ni bang..."

Perkongsian dari laman Facebook rasmi Suara Sunnah menjadi perhatian warga netizen selepas pihaknya memuat naik satu video menyaksikan perbuatan pelik seorang lelaki ketika sedang solat.

Pelik cara solat lelaki 

Menerusi video berdurasi 2 minit 32 saat itu, seorang lelaki berbaju warna biru sedang menunaikan solat asar dalam keadaan tangannya memegang sebiji batu kecil.

 

Baca doa Qunut pun bukan pada waktunya

Setiap kali sujud, dia akan meletakkan batu tersebut di tempatnya sujud selain membaca doa qunut bukan pada waktu yang sepatutnya.

Walaubagaimanapun, lokasi terbabit tidak dapat dipastikan, sementara kejadian pelik itu dibongkar menerusi rakaman CCTV yang terdapat di dalam masjid itu.

"Guna logik akal lah..."

Susulan perkongsian, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon yang rata-ratanya berpendapat bahawa tindakan individu terbabit bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ikut mazhab lain..."

 

 "Hanya Allah mengetahui"

Namun, tak kurang juga yang mendoakan kebaikan buatnya agar kembali bertaubat dan berbalik semula kepada ajaran yang betul.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen