Pelajar mualaf cacat penglihatan berjaya hafaz, tulis 30 juzuk Al-Quran dalam braille

Oleh: Shasha Zack

Tan Mike Foong, seorang pelajar mualaf yang juga berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Setelah dua tahun mengikuti pengajian di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mike juga berjaya menghafaz keseluruhan kitab suci Al-Quran tersebut.

Boleh tulis 30 juzuk Al-Quran guna tulisan braille

Mike yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik telah mendaftar masuk Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM pada tahun 2019. Malahan bukan saja menghafaz, Mike juga berjaya ‘menulis’ 30 juzuk Al-Quran dengan tulisan braille iaitu tulisan khas bagi mereka yang kurang upaya penglihatan. 

Difahamkan, Mike kini berada pada semester terakhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim.

Sementara itu, Darul Quran JAKIM melalui Twitter, menyatakan bahawa Mike dan rakan-rakannya akan diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan A-Quran yang akan berlangsung pada 5 Mac 2022 dan meminta orang ramai untuk mendoakan program tersebut berjalan dengan lancar.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen