Hikmah reda, wanita terharu terima kereta terpakai lepas yang lama musnah dibawa arus banjir

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih ingat lagi akan salah seorang mangsa banjir tahun lalu yang terpaksa reda apabila kereta baharu dibeli selama tiga bulan ‘total lost’ disebabkan bencana tersebut?

Pastinya ramai yang masih ingat bukan? Mana tidaknya wanita berkenaan masih mampu ketawa dan tersenyum walaupun diuji sedemikian rupanya menjadi perhatian warganet.

Baru-baru ini, wanita tabah dikenali sebagai Nuarjan Sulaiman tersebut dikejutkan akan pemberian sekumpulan individu dari sebuah syarikat kereta terpakai.

Menerusi temu bual bersama Selangor TV, kenderaan tersebut telah dihadiahkan oleh pihak berkenaan bagi tujuan meringankan beban mereka sekeluarga selepas kisah menyayati hati itu tular.

Sebak akan hadiah tersebut, wanita berkenaan akui berasa gembira kerana ada insan yang bermurah hati membantunya sekeluarga.

Dalam pada itu, dia turut tidak sabar untuk memberi kejutan kepada anak-anaknya memandangkan mereka tertanya-tanya di mana kereta lama yang telah dihanyutkan air itu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat keterujaan wanita berkenaan apabila melihat kenderaan tersebut tiba.

Malah mereka turut percaya bahawa bila seseorang itu reda ujian diberi akan dibalas dengan ganjaran tak disangka.

Hikmah reda akan ujian diberi

Semoga urusan akak dipermudahkan

Terima kasih syarikat kereta

Alhamdulillah rezeki akak

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen