‘Call’ Telekom minta ‘repair’ telefon pejabat, tak sangka yang datang suami sendiri

Oleh: Shasha Zack

Kata orang, jika terserempak dengan suami sendiri di luar, perasaan teruja dan 'auto menggedik' sememangnya sifat semulajadi isteri walaupon telah 24 jam menghadap muka suami di rumah.

Itulah yang dirasai seorang isteri apabila teruja melihat kedatangan 'technician' yang rupanya suami sendiri di pejabatnya.

"Menggatal halal version."

Perkongsian dari @aisyahumairakatarina mencuit hati ramai apabila dia memuat naik rakaman keterujaan dirinya melihat suami datang ke pejabat sebagai seorang technician.

Difahamkan, berlaku kerosakan telefon di pejabat dan wanita ini telah menelefon syarikat komunikasi sebelum dimaklumkan akan ada technician yang datang ke pejabat bagi membetulkan kerosakan tersebut.

Situasi menjadi berbunga-bunga ketika wanita ini menyedari rupanya technician yang datang adalah suaminya sendiri membuatkan dia senyum sampai telinga.

"Kalau jumpa suami kat luar memang menggedik kan..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kaum isteri ternyata boleh 'relate' dengan wanita ini, kerana mereka juga turut teruja apabila berjumpa suami di luar meskipun telah 24 jam menatap wajah suami di rumah.

"Husband part time grabfood, pernah sekali husband hantar, fuh senyum lebar sekali..."

"Bila jumpa kat luar macam baru bercinta..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen