Tak perasan terpakai kasut kerja ayah, ibu gelak besar sambut anak balik sekolah

Umum sedia maklum kini sesi persekolah telah bermula, maka rutin harian kaum ibu juga akan berubah untuk mempersiapkan anak-anak dan keluarga.

Disebabkan kesibukan itu, mungkin akan terjadinya kejadian yang tidak dijangka seperti yang berlaku kepada keluarga ini apabila anaknya tersalah pakai kasut sekolah.

Cabaran hari pertama sekolah

Dalam perkongsian Rinda Razak, menyaksikan gelagat anaknya yang baru sahaja pulang dari sekolah seperti hairan melihat si ibu tak kering gusi mentertawakannya.

 

 

 

Rupanya, terhibur melihat anaknya memakai kasut si ayah di hari pertama persekolahannya, malah dia juga kelihatan selesa mengenakan kasut tersebut sehingga habis sesi persekolahan hari itu.

"Kesian ayahnya cari merata"

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing jadi tak keruan melihat gelagat dua beranak itu dan yang lebih menjadi perhatian susulan mendengar ketawa ibunya di belakang tabir rakaman tersebut.

"Penangan lama sangat cuti"

"Maaf tergelak sekali"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen