"Pernah ugut atuk guna parang..." - Orang kampung dedah lelaki curi tabung masjid rupanya kaki syabu?

Semalam, media melaporkan lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah mencuri tabung masjid bagi kegunaan membeli ubat untuk atuknya yang sakit di rumah.

Susulan itu, mahkamah telah memutuskan untuk menahan suspek selama 10 hari selain perlu membayar denda sejumlah RM4,000 selepas pertuduhan dibacakan.

Kenalan dedah perangai lelaki curi tabung masjid

Walaubagaimanapun, keputusan itu sepertinya sukar diterima oleh segelintir netizen apabila satu demi satu rahsia terbongkar memaklumkan bahawa pelaku itu sebenarnya seorang penagih dadah.

 

Pendedahan itu dapat dilihat menerusi perkongsian @jllmisai di laman Twitter yang telah menghimpunkan beberapa komen yang diambil daripada beberapa 'posting' berhubung kes remaja berkenaan.

"Atuk takut nak buat laporan..."

Difahamkan lagi, keputusan pihak jemaah masjid membawa remaja itu ke balai polis juga telah mendapatkan persetujuan atuknya kerana sudah tidak tahan dengan perangainya yang suka mencuri dan mengugut untuk mendapatkan duit.

"Dah syak sikit dari awal..."

Walaubagaimanapun, belum dapat dipastikan akan kesahihan pendedahan itu dari mana-mana pihak yang sepatutnya dan diharapkan agar kes ini dapat diadili dengan sebaiknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen