“Pagi pakai tudung, balik pakai snowcap.” - Kakak tahan gelak tengok tudung adik lepas balik sekolah

Sejak sekolah dibuka, ramai kanak-kanak yang teruja untuk bertemu dan bermain dengan rakan sekolah kerana sudah lama tidak berjumpa ekoran PDPR yang hanyak berlangsung di rumah.

Sama lah dengan satu perkongsian mencuit hati oleh seorang gadis yang menjemput adiknya pulang dari sekolah, namun pakaiannya buat ramai tergelak!.

"Allahu tudungnya sampai jatuh ke belakang."

Menerusi perkongsian @chattelyea_bussaina di Tiktok, dia merakamkan video adiknya yang baru pulang dari sekolah dengan tudung yang telah melorot ke belakang sehingga membuatkan gadis ini ketawa sambil merakam.

Apa yang lebih mengundang dekah, adik gadis ini juga tidak menyedari hal ini, namun apabila ditegur kakaknya, barulah dia sedar yang tudungnya telah jatuh ke belakang membuatkan kakak ini lebih terhibur.

"Nasib ada extender tahan tudung tu..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian gadis ini. Malahan, gadis ini turut menjelaskan nasib baik dnegan ada 'mask extender' tudung adiknya 'terselamat' dari terbang entah ke mana, buatkan ramai lebih berdekah.

"Fesyen baru."

"Dia kata tiba2 jadi macamtu..."

"Balik2 pakai hoodie."

 

Anda masih keseorangan?

1,039,200 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen