"Daniel memang remaja bermasalah." - Datuk akui minta AJK masjid ‘report’ cucu suka mencuri

Oleh: Shasha Zack

Isu berkenaan remaja yang mencuri tabung masjid, Daniel Iskandar menjadi bualan hangat susulan kisahnya yang mencuri kononnya demi mendapatkan duit untuk membeli ubat atuknya yang sakit.

Namun begitu, satu persatu cerita di sebaliknya terbongkar di mana pihak polis baru saja mengeluarkan kenyataan bahawa remaja berkenaan disahkan positif dadah jenis syabu menerusi saringan air kencing yang dilakukan, merujuk kenyataan Sinar Harian.

"Daniel memang remaja bermasalah..."

Terbaru, sekali lagi kita digemparkan dengan pendedahan dari datuk remaja berkenaan yang mendakwa sikap remaja ini sememangnya melampau malahan dia sendiri yang mengarahkan AJK masjid untuk melaporkan kelakuan cucunya kepada pihak polis.

"Bukan salah AJK masjid."

Memetik laporan Malaysia Gazette, datuk kepada Daniel, Rosli Sidek menyatakan, beliau tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama seperti keluarganya akibat dari sikap negatif Daniel Iskandar.

Rosli Sidek juga meminta supaya netizen tidak menyalahkan AJK masjid atas video tular melibatkan tindakan mereka memandikan Daniel seperti jenazah.

"Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif."

"Kemungkin besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan."

"Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam."

"Nasib baik cuma dijirus air biasa, kalau air panas?"

Rosli memberitahu bahawa beliau langsung tidak mengambil hati apabila video cucunya tular di media sosial malahan bersyukur atas 'didikan' yang diberi.

Rosli pada awalnya pihak masjid ada bertanya terlebih dahulu, namun beliau menegaskan untuk segera laporkan cucunya ke pihak polis untuk disiasat.

"Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencuri."

"Nasib baik hanya dijirus air biasa, kalau air panas macam mana?"

Tak pernah minta duit cucu beli ubat

Rosli juga mendedahkan bahawa beliau tidak pernah meminta duit dari Daniel untuk membeli ubat sehingga mendorong remaja tersebut mencuri. Bahkan menurutnya, beliau ada menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.

"Pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan."

 

Harap Daniel dimasukkan ke rumah perlindungan

Selain itu, datuk remaja ini juga menyuarakan beberapa permintaan untuk memasukkan Daniel ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran jika dia dibebaskan.

Selain itu dia juga memohon jaminan pihak polis agar tidak diganggu bapa Daniel yang merangkap menantu kepadanya.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen