Dapat tempahan 'urgent' lewat malam, gadis tersentuh atuk sanggup tunggu sampai terlelap

Kasihnya seorang atuk terhadap cucunya memang tidak dapat dinafikan lagi, bahkan mereka juga lebih memilih untuk sentiasa melindungi cucunya daripada anak-anak.

'Struggle' siapkan tempahan pelanggan

Bukan kerana pilih kasih, tetapi naluri seorang atuk ini benar-benar membuatkan kita sebagai cucu bertuah memiliki mereka seperti yang dirasakan oleh gadis ini.

Dia yang juga merupakan tukang jahit ada berkongsi satu 'moment' yang memaparkan pengorbanan atuknya.

 

 

 

Sebak tengok atuk teman sampai terlelap

Hendak dijadikan cerita, dia telah menerima tempahan 'urgent' dari pelanggan yang memerlukan dia menyiapkan pada malam itu.

Namun, dia tidak menyangka apabila atuknya yang sedang duduk di ruang dapur rupanya sedang menunggu cucunya menyiapkan tempahan tersebut.

Lebih tersentuh, atuknya sampai tertidur di kerusi semata-mata untuk menemani cucunya hingga lewat malam.

"Sihat selalu tokbah"

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mendoakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik untuk atuknya selain menganggap dia seorang cucu yang bertuah kerana masih merasai kasih sayang seorang atuk.

 

"Saya nangis..."

"Sedih tengok tokbah..."

 

,u=t.createElement(n),u.async=!0,u.src='//static.ads-twitter.com/uwt.js', a=t.getElementsByTagName(n)[0],a.parentNode.insertBefore(u,a))}(window,document,'script'); // Insert Twitter Pixel ID and Standard Event data below twq('init','o0ge8'); twq('track','PageView');