Teruk dihentam netizen, Imam Masjid mohon maaf, AJK pula dedah cerita sebenar

Oleh: Zuzu Yasmine

Isu seorang remaja dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid beberapa hari lalu sememangnya menjadi perdebatan ramai.

Meskipun remaja berusia 19 tahun itu telah ditahan dan mahkamah majistret sudahpun menjatuhkan hukuman penjara 10 hari serta denda sebanyak RM4,000 namun orang ramai masih lagi mengecam tindakan jemaah masjid kerana bertindak kasar memandikan tertuduh.

Video diambil sebagai bukti, bukan mengaibkan remaja.

Susulan itu, Imam Tetap, Masjid Al Islahiah, memohon maaf berhubung insiden video tular seorang remaja dimandikan ala jenazah selepas ditangkap cuba mencuri tabung masjid itu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Muhd Mohsin Nordin memaklumkan bahawa rakaman video itu pada asalnya hanya sebagai rekod masjid untuk disimpan sebagai bahan bukti.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu bagaimana video itu tular di media sosial yang menjadi kecaman netizen kerana mengaibkan remaja terbabit.

“Kalau semua pihak yang menghentam kami dapat membayangkan betapa besarnya tabung itu, mereka tidak akan bercakap walaupun sepatah. Untuk akal fikiran bagi seorang manusia mencabut tabung dari dinding, memang tidak masuk akal untuk bawa keluar. Tenaga remaja itu memang luar biasa.

“Apa pun kami juga ingin memohon maaf di atas isu viral video itu walaupun kami cuba mempertahankan hak masjid itu sendiri. Bukan kami tidak pernah beri pertolongan kepada orang, malah kami ada Food Bank di mana siapa sahaja yang minta kami akan beri, tidak pernah saya dengar mana-mana pihak masjid tidak beri.

“Sejujurnya saya hanya mempertahankan tabung masjid itu kerana tidak pernah orang yang datang tidak menyumbang,” katanya.

AJK masjid dedah kenapa pilih mandi ala jenazah.

Sementara itu, salah seorang AJK Masjid berkenaan, Mohamad Ayub Han Khalil turut berkongsi kisah sebenar akan kejadian tersebut.

Menurutnya, remaja berkenaan ditangkap di luar dan di bawa ke masjid oleh orang kampung malah terdapat tiga faktor pihak jemaah masjid bertindak sedemikian.

Katanya, mandi ala jenazah itu dilakukan bagi memberi kesegaran kepada tertuduh yang dikatakan dalam keadaan khayal dan lalok ketika ditangkap. Selain, memberi pengajaran kepada remaja berkenaan namun diakui tidak berlakunya sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, pihaknya juga ingin mengelak ‘musibah’ lebih besar berlaku memandang ada sekitar 40 orang pemuda yang bertanggungjawab menangkap remaja berkenaan sedang menanti di luar masjid. Bimbang dibelasah dan perkara menjadi lebih teruk, maka mereka mengambil keputusan untuk ‘simpan’ dahulu di bilik jenazah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen