Selamat bernikah, atuk & nenek malu-malu duduk atas pelamin jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anak-anak sudah mempunyai hidup masing-masing bersama keluarga mereka, ibu bapa di kampung pastinya merasa kesunyian. Lebih bertambah sunyi apabila hanya tinggal seorang diri selepas peneman hidup ‘pergi’ terlebih dahulu.

Maka dengan itu, tidak salah sekiranya mereka ini mencari seseorang peneman baru untuk menjadi penghibur sekaligus peneman dikala sunyi.

Malu-malu duduk atas pelamin bersama.

Menerusi satu video yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @usamah1294 memaparkan seorang warga emas sedang menuju ke majlis akad nikahnya.

Dalam video tersebut juga dapat dilihat pasangan berkenaan duduk di atas pelamin selepas selesai sesi akad nikah.

Lebih mencuit hati, apabila pasangan berkenaan kelihatan malu-malu antara satu sama lain di atas pelamin tersebut.

Malu-malu nak sarung cincin.

Sementara itu, dalam video lain pula turut memaparkan moment dimana warga emas berkenaan menyarung cincin pada isterinya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat pasangan berkenaan. Malah, mereka turut mendakwa bahawa nilai malu orang lama-lama ini memang tinggi berbanding orang sekarang.

Selamat pengantin baru atuk & nenek

Lepas ni atuk ada teman berborak

Orang 'lama' memang pemalu

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen