Nak bantu baiki hidup, pengurusan masjid cadang lantik remaja cuba curi tabung sebagai petugas pembersihan

Susulan isu remaja dimandikan ala jenazah baru-baru kerana cuba mencuri tabung masjid beberapa hari lalu menjadi perhatian ramai.

Malah pelbagai ‘plot twist’ tersebar selain jemaah masjid serta datuk kepada remaja berkenaan telah mendedahkan kisah sebenar, orang ramai seolah-olah masih tidak berpuas hati.

Sehubungan itu, Pengurusan Masjid Al-Islahiah di Kuang berhasrat membantu remaja lelaki yang ditangkap kerana cuba mencuri tabung masjid tersebut lima hari lalu untuk memperbaiki kehidupannya.

Memetik laporan Kosmo Online, Nazir masjid berkenaan, Supandi Samin berkata, antara cadangan adalah melantik remaja berkenaan, Daniel Iskandar Mohd. Nasir, 19, sebagai petugas pembersihan masjid tersebut.

“Kita (pengurusan masjid) fikir hendak jadikan dia petugas masjid. Kita ada dewan mengaji di sini dan suruh dia jaga.

“Bagaimanapun kita dimaklumkan ada pihak mahu membantunya menyambung pelajaran. Jadi kita lihat dulu bagaimana keadaan seterusnya,” katanya.

Terdahulu, video remaja berkenaan tular gara-gara dimandikan seperti `jenazah’ dihukum penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret kerana cuba mencuri tabung masjid berkenaan.

Difahamkan, jemaah masjid terpaksa memandikan remaja tersebut kerana ingin membuatnya terasa ‘segar’ selepas didapati dalam keadaan khayal.

Malah, emaja itu diserahkan kepada pihak polis juga atas permintaan datuk remaja itu yang mahu peristiwa tersebut menjadi pengajaran terhadap cucunya.

Anda masih keseorangan?

1,039,195 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen