Imam mandikan remaja curi tabung masjid hantar surat letak jawatan

Oleh: Shasha Zack

Memetik laporan Sinar Harian, imam yang memandikan remaja mencuri tabung masjid seperti jenazah meletakkan jawatan berkuat kuasa pada Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima permohonan peletakan jawatan itu.

Kata Zawawi, demi kebaikan semua pihak, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meneliti hasrat peletakan jawatan imam terbabit dalam semua aspek.

"Memang beliau sudah letak jawatan namun kita akan pertimbangkan sama ada untuk terima atau tolak (permohonan perletakan jawatan itu).


"Kita akan tengok keadaan, jangan kerana (peletakan) itu menyebabkan tidak ada imam gantian, kita akan teliti hasrat imam tersebut untuk kebaikan bersama.” 

"Tak sepatutnya buat tindakan sendiri..."

Sehubungan dengan itu, Zawawi menegaskan sebagai tokoh agama tempatan, individu bergelar imam atau nazir tidak sewajarnya menjatuhkan hukuman sendiri sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.


“Patutnya kita beri keterangan kepada polis untuk selesaikan kerana tugas imam sebagai da’i, beri nasihat dan bimbingan kepada individu bermasalah, bukan buat tindakan sendiri.” 

Jatuhkan maruah remaja, beri persepsi buruk pada institusi masjid

Menerusi Harian Metro, Zawawi turut berkata, penyebaran video itu tidak membawa sebarang kebaikan kepada kedua-dua pihak, malah mengundang kutukan daripada masyarakat dengan pelbagai komen negatif.

"Selain menjatuhkan maruah remaja terbabit, ia turut memberikan persepsi buruk tentang sikap pengurusan institusi masjid.

"Tindakan sewajarnya sudah diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selaku agensi kerajaan bertanggungjawab menguruskan institusi masjid di negeri itu sebaik sahaja mendapat maklumat betul mengenai perkara itu.

"Saya difahamkan imam terbabit mengambil tindakan meletakkan jawatan dan Jais sedang meneliti perkara ini untuk tindakan lanjut." 

 

Remaja terbabit, Daniel Iskandar, 19, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri tabung masjid.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen