Hargai pengorbanan guru, pelajar berpakat buat kejutan sambut hari lahir dalam kelas

Oleh: Shasha Zack

Benarlah kata pepatah, guru itu ibarat lilin yang membakar diri. Walaupon payahnya mengajar murid-murid, namun mereka tak pernah berputus asa malahan lebih berusaha demi melihat kejayaan para pelajar.

Oleh itu, sebagai individu yang pernah bergelar pelajar, kita harus menghormati dan menghargai tenaga pengajar yang pernah mencurahkan ilmu buat kita.

Terima kasih cikgu!

Begitulah terharunya sebuah perkongsian dari seluruh pelajar dalam kelas yang menghargai guru mereka dengan membuat kejutan sambutan hari lahir guru tersebut.

Video dari @ayang77777 menunjukkan situasi pembelajaran yang sedang dijalankan oleh seorang guru perempuan tiba-tiba didatangi oleh seorang pelajar lelaki yang masuk ke kelas dengan membawa kek hari jadi.

Sebaik sahaja pelajar tersebut masuk, mereka terus menyanyikan lagu 'Happy Birthday' beramai-ramai sehingga guru tersebut terharu.

"Aku pernah buat gini kat ustazah aku, dia terharu..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai yang terharu dengan perkongsian ini malahan ada yang memuji tindakan mereka yang disifatkan pandai menghargai jasa guru.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman pernah melakukan hal sama pada gurunya sehingga cikgu tersebut menangis terharu.

"Yang penting kenang jasa guru..."

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen