"Seeloknya jangan bertindak sendiri..." -Menteri Hal Ehwal agama tegur cara jemaah urus kes curi tabung

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu rakaman menyaksikan tindakan jemaah masjid memandikan seorang lelaki yang didakwa telah mencuri tabung masjid.

Tindakan itu menerima pelbagai respon dari kalangan netizen, ada yang menyokong dan tak kurang juga yang meninggalkan kecaman serta kritikan kerana terlalu berlebihan.

Menteri Hal Ehwal Agama tegur pengurusan masjid

Pun begitu, video yang tular itu kemudian mendapat perhatian Senator Idris Ahmad yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

 

Beliau dalam kenyataannya mengingatkan kepada orang ramai agar tidak bertindak sendirian dalam menguruskan hal seperti itu, sebaliknya menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

"Boleh menyebabkan kezaliman..."

Tambahnya, perbuatan menghukum orang yang disyaki bersalah amatlah tidak wajar dan boleh menyebabkan kezaliman.

"Perbuatan merakam gambar orang disyaki bagi tujuan sebaran awam juga amatlah tidak wajar."

-Idris Ahmad-

Namun begitu, beliau turut menyeru masyarakat supaya sentiasa cakna terhadap anggota kejiranan dan bersama mengambil peranana dalam mencegah masalah seperti itu.

Anda masih keseorangan?

1,039,192 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen