Sempena sambutan Thaipusam, PDRM sedia 1,300 anggota pantau SOP di Batu Caves

Bersempena dengan sambutan perayaan Thaipusam yang bakan menjelang tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan seramai 1,300 anggota dan pegawainya di Batu Caves.

Demikian adalah bagi memantau keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sempena perayaan itu mulai Ahad hingga Jumaat.

PDRM kerah 1,300 anggota pantau SOP di Batu Caves

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Zainal Mohamed, daripada jumlah itu seramai 318 anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik akan memantau aliran trafik di Batu Caves.

"Sebanyak tujuh jalan akan ditutup bermula 7 petang hingga 12 tengah malam Ahad. Antara jalan ditutup adalah persimpangan lampu isyarat Kampung Melayu, susur dari Jalan Lingkaran Tengah MRR2 ke kuil Batu Caves."

-Zainal Mohamed-

Dibantu agensi lain mulai Ahad

Walaubagaimanapun, kekuatan PDRM adalah mencukupi malah, turut akan dibantu oleh jabatan dari agensi lain.

"Agensi dan jabatan yang akan membantu PDRM adalah Kementerian Kesihatan Malayia, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam."

"Persatuan Bulan Sabit Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Jabatan Kerja Raya."

-Zainal Mohamed-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen