Kurang upaya sejak kecil, adik beradik tumpang bahagia akhirnya abang bertemu jodoh

Tak semua mereka di luar sana dilahirkan dalam keadaan sempurna baik sifatnya atau fizikal.

Namun, mereka tetap istimewa dan kelihatan hebat di mata orang yang sentiasa bersyukur.

Ikut bahagia abang istimewa akhirnya bertemu jodoh

Pun begitu, mereka juga layak untuk mengecapi kebahagiaan seperti manusia normal yang lain seperti yang turut dirasakan oleh pemuda ini yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di laman Tiktok.

 

 

Menerusi sorotan itu, menyaksikan rombongan pengantin lelaki sudah memenuhi perkarangan rumah pihak perempuan untuk melangsungkan majlis akad nikah pasangan mempelai.

Kurang upaya sejak kecil

Difahamkan, pengantin lelaki itu memiliki kekurangan upaya pada bahagian kaki sejak lahir lagi menyebabkan dia perlu dibantu untuk berjalan naik ke pelamin bagi sesi menyarung cincin.

Melihat 'moment' bahagia itu, pemilik akaun yang menggunakan nama Cik Arah meluahkan rasa syukur akhirnya abangnya bertemu jodoh dengan wanita pilihan hatinya.

"Selamat pengantin baru"

Menjengah ke ruangan komen, selain ucapan tahniah, rata-ratanya ikut gembira menyaksikan detik istimewa mereka sekaligus mendoakan kebahagiaan berkekalan buat kedua-duanya.

 

"Moga kekal ke Jannah"

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,039,210 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen