Tak tahu pasang RFID sendiri? Ini 'step by step' yang korang perlu ikut. Sangat mudah!

Oleh: Shasha Zack

Sejak 15 Januari lalu, plaza tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) telah mula beralih kepada sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) secara berperingkat.

Sistem ini menggunakan gelombang radio untuk mengimbas kod yang ada pada sticker setiap kali kenderaan melaluinya sebagai rekod.

Transaksi tol RFID bermula malam tadi

Memudahkan pengguna, melancarkan perjalanan

Difahamkan, sistem yang diperkenalkan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya tanpa perlu menambah nilai kad 'Touch n Go' selain melancarkan perjalanan penggguna tanpa perlu berhenti di lorong RFID.

Justeru, pembelian tag RFID boleh dilakukan secara atas talian di aplikasi Touch n Go eWallet, portal Touch n Go dan juga stesen minyak terpilih iaitu Shell.

 

Boleh pasang sendiri, ikut step yang diberikan

Berbeza dari sistem Touch ‘n Go dan Smart Tag, para pengguna boleh memasang sendiri tag RFID pada kenderaan masing-masing dengan beberapa cara yang sangat mudah.

Susulan itu, seorang Youtuber, Mr Jackler telah berkongsi beberapa langkah mudah untuk digunakan dan ianya akan aktif setelah satu jam dipasang.

Ini adalah beberapa langkah mudah yang perlu diikuti:

  1. Bersihkan terlebih dahulu lampu hadapan kereta agar ia mudah melekat
  2. Buka pelekat
  3. Tampalkan pada lampu
  4. Aktifkan tag di laman web Touch ‘n Go atau Touch ‘n Go eWallet
  5. Masukkan maklumat kenderaan dan daftar nombor siri RFID

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen