Kawan berkerusi roda, member ramai2 pakat angkat 'wheelchair', sama2 jadi 'groomsman'.

Oleh: Shasha Zack

Persahabatan yang mahal adalah apabila masing-masing tetap kekal bersama tak kira masa susah mahupun senang.

Begitulah yang ditunjukkan oleh sekumpulan sahabat lelaki yang tetap mahu rakan mereka bersama-sama meraikan perkahwinan salah seorang sahabat, meskipun dia berkerusi roda.

"Salah sorang tu patah kaki, tapi member lain still bawak dia..."

Menerusi perkongsian seorang jurugambar, dia menceritakan detik mengharukan tersebut ketika mendapat 'job' sebagai jurufoto nikah sepasang pengantin yang dikelilingi para 'groomsmen'.

Apa yang menyentuh hati jurufoto ini malahan netizen, apabila rakan mereka yang berkerusi roda, dipercayai patah kaki, tetap dibawa sama dalam sesi bergambar dengan mengangkat kerusi roda lelaki tersebut.

"Haih lelaki punya friendship, bikin nangis..."

Menjengah ke ruangan komen, rata netizen terharu malahan kagum dengan nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh mereka semua, langsung tidak lupa pada kawan yang sakit.

Malahan, ramai juga yang mengatakan betapa cemburunya mereka terhadap ikatan persahabatan begini yang rata-ratanya dimilikioleh kumpulan lelaki.

"Respect dengan friendship lelaki..."

"Bertuah dapat kawan caring macamni."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen