Penerbit dah beri penjelasan, netizen 'seberang' masih pertikai, tunjuk bukti rumah 'Upin Ipin' wujud di sana

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai siri animasi terkenal Upin & Ipin adalah kisah benar dari seberang. Hal ini mula tular apabila kononnya Upin & Ipin memang wujud di sana dan telah meninggal dunia pada tahun 90-an.

Meninggal beza 4 bulan

Difahamkan, menerusi akaun Tiktok yang tular ini, kembar tersebut meninggal dunia selang 4 bulan iaitu Upin pada tahun 1995 manakala Ipin pada 1996, selepas 4 bulan abangnya 'pergi'. 

Rumah Hijau memang wujud

Malahan, netizen dari sana turut mempercayai khabar angin kononnya rumah hijau yang diduduki Upin & Ipin dalam kartun tersebut sememangnya wujud di negara sana beserta bukti video yang dimuat naik.

Penerbit buka mulut, nafi kisah benar, hanya dongeng semata-mata

Susulan isu yang tular, penerbit Les Copaque Production yang bertanggungjawab menerbitkan siri animasi ini menjawab segala persoalan dan kekeliruan yang timbul. Beliau menegaskan siri animasi ini adalah rekaan semata-mata dan sama sekali tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi.

Idea asal Upin & Ipin adalah dari pelakon suara Opah

Pengarah Urusan adalah pelakon suara Tok Dalang

Penjelasan mengenai status yatim piatu Upin & Ipin

Bila dah ada penjelasan, netizen masih belum puas hati, buka babak lain pula...

Setelah Pengarah Urusan memberikan kenyataan beserta penjelasan yang sebenar, ramai netizen dari seberang nampaknya terpaksa akur dengan kebenaran bahawa siri animasi popular ini memang rekaan semata-mata dan berasal dari Malaysia.

Namun begitu, masih ramai yang belum berpuas hati dan bertanyakan babak-babak lain yang 'pelik' dan tidak logik pada mereka dalam ruangan komen.

 

Anda masih keseorangan?

1,091,788 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen