44 pelajar asrama positif Covid-19, ibu bapa pulang tunai umrah bukan punca

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru beberapa hari memulakan persekolahan, seramai 44 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Jalan Telipot didapati positif Covid-19 sehingga semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kluster yang membabitkan pelajar asrama sekolah itu diisytihar pada Jumaat lalu, sebagai Kluster Embi Telipot.

Hasil siasatan yang dijalankan juga mendapati seramai 256 orang kontrak rapat yang dikenal pasti.

"Semua kontak rapat ini diarahkan untuk menjalani kuarantin. Mereka juga dinasihatkan supaya menjalani saringan sekiranya mengalami gejala dalam tempoh itu.

"Sehingga semalam, seramai 44 kes yang dikesan positif COVID-19 membabitkan semua pelajar asrama sekolah itu," katanya.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu juga mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka sekolah itu ditangguhkan bermula hari ini sehingga 25 Januari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa penularan Covid-19 berpunca daripada seorang pelajar di mana ibu bapanya baharu pulang dari menunaikan umrah dan disahkan dijangkiti varian Omicron, kerana belum ada keputusan varian Omicron bagi sampel ibu bapa pelajar berkenaan.

"Namun, pihak kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kes di sekolah itu.

"Kita sahkan, ada kluster COVID-19 di sekolah berkenaan yang membabitkan pelajar asrama," ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan mesej yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa dan masyarakat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen