9 Tanda Personaliti Kamu Menakutkan Orang Lain.

Dunia ini dekelilingi oleh ramai orang yang suka menilai kita. Sesungguhnya, mereka langsung tidak pernah tahu tentang diri kita. Lebih-lebih lagi yang tidak tahu nama kita tapi masih mahu menilai diri kita. Jadi mengapa? Seharusnya, kita tidak perlu membiarkan sekumpulan masyarakat ini terus menganggu hidup kita. Tidak kisahlah dari segi perilaku mahupun perkataan, mereka tidak berhak menentukan arah tuju hidup kita. Pernahkah orang melabelkan diri kamu sebagai seorang yang menakutkan?



Menjadi seseorang yang digeruni kadang-kala dilihat sebagai seorang yang biadap ataupun kejam, terpulang kepada reaksi kita terhadap sesuatu perkara. Ini adalah tanda personaliti anda menakutkan orang ramai.

1. Jika kamu fikir buruk, maka kamu kata buruk.

Kejujuran adalah sesuatu perkara yang kami nilai dalam sesuatu masa. Jika kamu kata kamu akan lakukannya, maka kamu akan lakukan.

2. Jika kamu tidak suka seseorang, kamu akan bagitahu individu itu.

Kamu selalu cakap apa yang berada di kotak pemikiran kamu tanpa kamu fikirkan siapa yang akan terluka ataupun sentap dengan apa yang akan kamu bicarakan. Penipuan itu bukan makanan kamu.



3. Idea baru, cabaran baru. Tidak pada benda kolot!

Kamu sering berfikiran terbuka dan mudah menerima idea baru. Kamu juga suka mencuba perkara baru. Ini membantu kamu untuk mengecapi apa yang kamu inginkan berdasarkan peluang yang kamu ambil.

4. Maaf, kamu tak terima alasan.

Kamu fokus dalam mencari penyelesaian masalah. Kamu langsung tidak pernah memberi alasan untuk tidak mencari penyelesaian malah kamu akan pastikan semua masalah akan diselesaikan.

5. Jika kamu mahu mencapai bintang, kamu pasti akan lakukan!

Kamu sentiasa mahukan sesuatu perkara itu dicapai dan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik, tidak kira bagaimana sekalipun, kamu tahu kamu akan cuba untuk mendapatkan apa yang kamu mahu.

6. Orang suka komen boleh blah!

Mengomen membuatkan kamu berasa marah. Kamu lebih memilih untuk bekerja seorang diri daripada bekerja bersama orang yang suka memberi komen, itu dan ini.



7. Bijak dan padat!

Kamu selalu belajar benda yang baru dan cara berfikir yang baru kerana kamu mahu mencipta hasil yang berbeza-beza. Kamu juga seorang yang sellau fikir secara dalam dan tidak suka membuang masa, menjadikan kamu soerang yang bijak berfikir.

8. Sorry, no gossip!

Bagi kamu, small talk itu menjengkelkan. Kamu hanya akan bercampur dengan mereka yang berbual tentang perkara yang berfaedah. Jika seseorang itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu, kamu lebih selesa untuk tidak bertegur dengannya.

9. Kamu mulut lantang, but kamu baik hati!

Walaupun kamu seorang yang bermulut lantang, tetapi sebenarnya kamu adalah orang yang paling baik di dunia. Benar! Kadang-kala orang terlalu cepat menilai orang lain kerana kamu tiada masa untuk memberi pencerahan kepada orang lain terhadap sisi lain kamu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen