Gigih nak betulkan salah sendiri, netizen puas hati lihat pemandu 4x4 ‘bengang’ kena marah

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat pengguna jalan raya, pastinya begitu memahami keadaan berebut lorong untuk membayar tol, terutama dalam keadaan sesak.

Bukan sahaja aksi rebut merebut akan berlaku namun kemalangan kecil juga sering berlaku di lorong-lorong plaza tol ini.

"Mana signal awak?"

Itulah yang dialami oleh seorang wanita menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @rukiacosplayer.

Dalam video berdurasi 50 saat itu memaparkan seorang pemandu sedang menuju ke lorong sebuah plaza tol namun, secara tiba-tiba sebuah kereta 4x4 terus memintas masuk lorong di hadapannya.

Terkejut akan tindakan pemandu berkenaan, wanita tersebut segera memberhentikan keretanya dan membunyikan hon sebagai tanda teguran.

Bagaimanapun, tindakan berkenaan membuat pemandu 4x4 itu tidak berpuas hati malah dengan segera keluar dari kenderaannya dan datang berhadapan dengan pemandu yang membunyikan hon tersebut.

“Mana signal awak? Awak kena bagi signal di sini,” kata pemandu Hilux tersebut.

“Kenapa saya kena beri signal? Ini laluan saya. Saya mahu pergi ke hadapan. Awak yang datang dari lorong lain, tiba-tiba sahaja memintas saya secara mengejut,” kata pemandu wanita berkenaan.

Masih tidak berpuas hati dengan kenyataan pemandu wanita tersebut, pemandu 4x4 itu mendakwa bahawa dia perlu memberikan signal sekiranya ingin terus bergerak di lorong berkenaan.

Berang diprovok sedemikian rupanya, pemandu wanita segera membidas dengan tegas membidas kata-kata pemandu berkenaan.

“Saya mahu pergi terus ke hadapan. Kenapa saya kena beri signal? Awak tak pernah belajar memandu kan?” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati melihat keadaan tersebut. Malah, mereka juga tertanya-tanya sejak bila pengguna jalan raya perli memberi signal apabila dijalan yang tegak.

Sejak bila tegak kena bagi signal?

Puas hati tengok dia bengang

Gigih nak betulkan salah sendiri

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen