Senyap-senyap buat projek, dua beradik sakan pecahkan berpuluh biji telur

Oleh: Zuzu Yasmine

Sememangnya telatah anak-anak kecil ini sering kali mencuit hati ramai. Namun, kadang kala telatah yang tidak terfikir oleh orang dewasa itu boleh membuat ibu bapa pening kepala.

Dua beradik seronok pesta telur.

Seperti salah satu perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @joekenjihanara apabila berkongsi gelagat dua orang kanak-kanak.

Menerusi video yang dimuat naik itu memaparkan dua orang kanak-kanak berkenaan dipercayai telah memecahkan beberapa papan telur dan bermain dengannya.

Dalam video berdurasi lapan saat itu dapat dilihat keadaan sekeliling kanak-kanak berkenaan bersepah dengan kulit telur serta warna kuning dipercayai datang dari isi telur tersebut.

Bagaimanapun, reaksi tenang dua kanak-kanak yang terus bermain tidak mempedulikan orang yang merakam menjadi perhatian.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet terutama kaum ibu seakan geleng kepala melihat kejadian itu. Malah, mereka juga terbayang bau yang terpaksa dihadapi oleh penghuni rumah tersebut.

Boleh putus urat leher

Berbau satu rumah

Lepas rakam kena ni

Tegas dengan anak

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen