Diberhenti tanpa alasan munasabah, nasib mekanik terbela terima RM23,493.26 dari majikan

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah, nasib seorang mekanik berusia 36 tahun akhirnya terbela selepas Mahkamah Buruh selepas majikanya diperintah membayar wang berjumlah RM23,493.26.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Tenga Kerja (JTK) Melaka, Johana Bakar berkata, majikan mendakwa bekas pekerja itu diberhentikan kerja dengan alasan dia mempunyai masalah disiplin namun gagal membuktikan kesalahan tersebut di Mahkamah Buruh pada 22 Januari lalu.

Katanya, syarikat bengkel tayar dan membaiki kenderaan itu kemudian diarahkan untuk menyelesaikan bayaran tersebut kepada bekas pekerja yang ditamatkan khidmat tanpa mengikut undang-undang perburuhan negara.

Bagaimanapun katanya, majikan itu didapati ingkar sebelum pihaknya hampir melelongkan bengkel di lokasi di daerah Melaka Tengah itu.

"Syarikat itu didapati gagal membuat bayaran kepada bekas pekerjanya seperti diarahkan Mahkamah Buruh.

" JTK Melaka bersama Bailif Mahkamah Sesyen Melaka melaksanakan tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan ke atas syarikat tersebut pada Rabu," katanya.

Jelasnya, tindakan perlaksanaan untuk melevi dan melelong harta syarikat telah dilaksanakan di premis majikan terbabit dan perlaksanaan writ telah dijalankan pada jam 10 pagi.

Ujar beliau, syarikat tersebut akhirnya terpaksa akur dan menyelesaikan bayaran penuh perintah Mahkamah Buruh sebanyak RM23,493.26 kepada pekerja yang telah ditamatkan tanpa mengikut undang-undang perburuhan negara pada jam 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu, beliau turut diingatkan agar majikan sentiasa mematuhi undang-undang perburuhan negara bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dijalankan terhadap mereka

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen