Kes nak ‘rancang’ sendiri, ibu muda tak jangka bakal timang dua anak dalam setahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan suami isteri pastinya mempunyai perancangan dalam membina keluarga mereka. Nak-nak lagi mengenai berapa jumlah yang diinginkan oleh pasangan tersebut.

Tapi itulah, kadang kita hanya mampu merancang tanpa disangka ada rezeki lebih dalam perancangan tersebut.

Ibu muda tak sangka bersalin dua kali setahun.

Itulah yang dilalui ibu muda ini apabila baru menimang cahaya mata sulung pada Januari 2021 namun tak diduga anak keduanya juga dilahirkan pada hujung tahun lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @qizz.99 ini memaklumkan bahawa dia memilih untuk tidak memakai sebarang perancang kehamilan ketika dicadang oleh jururawat.

Memilih untuk merancang sendiri, dia tidak menyangka bakal dikurniakan sepasang ‘kembar tahun’ pada awal dan hujung tahun 2021.

Baru berusia 21 tahun ketika itu, ibu muda ini mengakui mahu berehat dahulu dan akan merancang kehamilannya yang seterusnya secara betul-betul.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat ibu muda berkenaan bersama anak-anaknya. Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman memiliki kembar tahun seperti dirinya.

Ada geng dapat kembar tahun

Bestnya dapat sepasang dah

Nanti sekolah sama-sama

Rezeki semuanya tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen