Padah buat konten perli ‘couple’ beli pil cegah hamil, pelajar farmasi diadu ke pengurusan kolej?

Oleh: Zuzu Yasmine

Demi meraih populariti dan juga pengikut, segelintir individu sanggup melakukan apa sahaja meskipun tahu bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan.

Malah, lebih teruk lagi ada juga dengan sewenang-wenangnya mudah menjaja cerita tidak sepatutnya kepada umum walaupun tahu perkara tersebut menjadi kesalahan dari segi etik pekerjaannya.

Eh dah padam video?

Itulah yang dilakukan oleh satu akaun TikTok dipercayai milik seorang gadis yang merupakan pelajar kolej apabila memuat naik konten berkenaan pil pencegah kehamilan atau dikenali sebagai pil Postinor.

Bagaimanapun, menerusi tinjuan yang dilakukan video tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun TikTok berkenaan namun dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter dikenlali sebagai @glowinputraaa.

Pihak kolej terima aduan?

Malah, video tersebut juga dimuat naik oleh pemilik TikTok dikenali sebagai @oveeya13 berserta kenyataan pihak tempat pengurusan pelajar farmasi itu bahawa mereka telah menerima laporan berkenaan perkara tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet seakan geram sikap pelajar berkenaan yang mudah menilai seseorang tanpa mengetahui hal sebenar.

Malah, mereka turut meluahkan rasa marah apabila pelajar tersebut seakan tidak tahu etika kerja yang perlu dipegang.

Isu etika kerja bukan zina

Patut kena tindakan ni

Patut profesional

Tak mula kerjaya lagi

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen