Bercakap mengenai pertemuan jodoh ini, biasanya setiap pasangan akan bertemu ketika mereka sudah meningkat dewasa, bahkan paling tidak pun bertemu di zaman persekolahan.
Bagaimanapun, lain pula dengan pasangan ini apabila telah dipertemukan sejak dari lahir apabila mereka dilahirkan di tempat dan pada hari yang sama.
Ibarat dah berjodoh dari lahir.
Menerusi satu perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @asmeimay2 apabila berkongsi pertemuan dia bersama tunangnya.
Siapa sangka pasangan ini memiliki tarikh lahir dan tempat lahir yang sama cuma hanya beza 32 minit sahaja waktu kelahiran mereka.
Difahamkan, lelaki berkenaan dilahirkan pada jam 7.45 malam manakala si gadis pula selamat keluar dari perut ibunya pada jam 8.27 malam.
Lebih teruja lagi apabila pasangan ini dilahirkan pada tempat yang sam iaitu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada hari yang sama, 25 Mei 1999.
Jarang-jarang sekali berlaku namun pasangan ini saling tak tumpah ibarat bertemu jodoh sejak lahir lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh bahawa ibu pasangan ini saling bersebelahan ketika melahirkan mereka suatu ketika dahulu. Malah, mereka turut berpendapat bahawa pasangan ini sudah saling mergurat sejak lahir lagi.
Tinggalkan Komen