Tak sangka hilang di surau, motor ustaz disyaki dilarikan pasangan suami isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagai tidak percaya, itulah yang dirasakan seorang guru sekolah rendah agama apabila mendapati motosikal miliknya dicuri pasangan suami isteri ketika kenderaan itu diletakkan di perkarangan surau di Puncak Alam.

Memetik laporan Harian Metro, Mangsa, Azri Rozlan, 27, berkata, dia menyedari motosikal Honda EX5 milik ayah mentuanya hilang di parkir garaj surau itu pada jam 11.10 pagi, semalam.

"Menjadi kebiasaan saya meletakkan motosikal di garaj surau berkenaan. Kebetulan tempat saya mengajar hanya bersebelahan garaj berkenaan.

"Saya menyedari motosikal itu hilang semasa mahu pergi ke tandas," katanya.

Katanya, dia terpaksa menghubungi pihak pengurusan surau terbabit untuk melihat video rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Dalam video itu, saya terkejut melihat dua individu dipercayai pasangan suami isteri melarikan motosikal saya.

"Motosikal itu adalah pemberian bapa mentua saya pada tahun 2019. Kebetulan dia tidak menunggangnya lagi disebabkan mempunyai motosikal lain.

"Saya jaga motosikal itu dengan penuh perhatian. Tidak sangka ia hilang dicuri," kongsinya.

Malah, dia berharap motosikal Honda EX5 itu ditemui semula berikutan ia mempunyai nilai sentimental tidak ternilai.

Menurutnya, dua laporan sudah dibuat di Balai Polis Saujana Utama pada jam 11.30 pagi semalam diikuti laporan polis kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada 12.30 tengah hari.

"Harap si pelaku segera ditahan supaya kejadian sama tidak berlaku kepada orang lain," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen