Tak banyak ragam, ibu sebak rupanya anak bagi petanda nak 'pergi'. -"Haritu dia baik sangat..."

Kehilangan anak yang dikandung selama 9 bulan benar-benar meruntun hati wanita ini sebagai seorang ibu.

Ia seperti berlaku sekelip mata apabila anak sulung perempuannya berusia enam bulan 13 hari meninggal dunia secara mengejut.

Pengasuh nangis anak tak sedarkan diri

Berkongsi detik kejadian, dia yang mesra disapa Hasikin telah menerima panggilan daripada pengasuh anaknya dengan nada suaranya sedang menangis memaklumkan bayi tersebut tidak sedarkan diri.

"Kami hantar anak ke rumah pengasuh seperti biasa pada hari bekerja. Ketika dalam perjalanan pulan, saya terima panggilan daripada pengasuh, memiinta saya datang cepat kerana anak tak sedarkan diri."

"Dalam panggilan, saya dengar pengasuh sedang menangis. Pada masa sama, suami pengasuh sedang beri bantuan pernafasan (CPR) kepada bayi."

-Hasikin-

Masih tunggu keputusan makmal

Jelas Hasikin, pengasuhnya memaklumkan bayinya kelihatan tidak selesa dan seolah-olah mahu sendawa sebelum memuntahkan semua susu dan makanan dalam kejadian berkenaan.

"Menurut pengasuh, dia nampak anak saya dalam keadaan tak selesa dan batuk . Jadi dia tepuk belakang untuk bagi sendawa. Kemudian anak saya batuk dan muntah sebelum tak sedarkan diri. Lepas bedah siasat, doktor kata tak dapat tengok keputusan dengan mata kasar. Jadi, result adalah 'pending laboratory inverstigation'."

"Lepas dibawa dengan ambulans, anak saya dimasukkan ke jabatan kecemasan dan 10-15 minit doktor keluar dan maklumkan anak saya tak dapat diselamatkan."

-Hasikin-

"Haritu dia sangat baik..."

Tambah Hasikin, pada hari kejadian dia berpeluang memandikan arwah sebelum dihantar ke pengasuh kerana sebelum ini suami yang menguruskannya.

Namun, tidak menyangka perangai anak yang baik dan tidak ragam hari itu memberi tanda yang arwah akan pergi meninggalkan mereka.

"Saya dukung dia mandi shower sama-sama, dia baik sangat. Lepas mandi, saya bagi suami untuk pakaikan bajunya. Suami pun ada tegur yang dia sangat baik, tak macam hari-hari sebelum tu."

-Hasikin-

Walaubagaimanapun, dia tidak menyalahkan pengasuhnya meskipun ia berlaku ketika dibawah jagaannya kerana tahu bahawa kejadian seperti itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja, hatta ketika di bawah perhatian ibu bapa.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen