Disebalik watak periang, wartawan cilik rupanya kerap ke hospital lepas disahkan talasemia

Wartawan cilik, Muhammad Haziq Mohd Asyraf makin mendapat tempat di hati orang ramai susulan melihat kepetahannya menyampaikan info semasa baru-baru ini.

Wartawan cilik hidap talasemia

Di sebalik perwatakannya yang riang dan kaya dengan senyuman, rupanya ada kisah duka yang baru didedahkan oleh kanak-kanak berusia 12 tahun itu sebenarnya penghidap talasemia.

Difahamkan, penyakitnya itu baru diketahui oleh ahli keluarga ketika Haziq berusia 5 tahun dan sehingga kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) secara berkala.

"Saya juga pernah masuk wad hospital dan buat pemindahan darah."

-Haziq-

"Saya cepat letih..."

Namun, semangatnya menelusuri hari-harinya selayaknya dipuji walaupun sedar bahawa diri serba kekurangan, termasuklah cepat rasa letih.

"Cuma saya rasa cepat letih, tetapi apa yang penting, saya perlu jaga kesihatan dengan mengambil asid folik seperti diminta doktor."

-Haziq-

Adiq Haziq makin dapat perhatian

Terdahulu, tular di media sosial akan video seorang kanak-kanak melaporkan secara langsung penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam.

Gelagatnya yang bersahaja membuatkan rata-ratanya mengagumi kanak-kanak itu dan siapa sangka kini adiq Haziq makin mendapat perhatian dari banyak pihak di luar sana, termasuklah Sultan Kedah.

Anda masih keseorangan?

1,091,767 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen