Motor cari rezeki hampir dibakar, ibu cadang hantar anak hidap sawan dijaga atuk nenek

Kepayahan seorang ibu tunggal membesarkan lima orang anaknya selepas kematian suami benar-benar menyentuh emosi dan perasaan, nak pula apabila salah seorang daripada mereka sakit.

Ujian ibu tunggal besarkan lima anak

Menelusuri kisahnya yang telah dikongsikan oleh aktivis Natipah Abu di laman Facebook, kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu berubah jadi hiperaktif sekelip mata.

Difahamkan, semuanya berpunca ketika dia diserang sawan, walhal tidak demam dan hasil pemeriksaan, pihak hospital mengesahkan bahawa anaknya menghidap Anti NMDAR Encephalitis atau nama lainnya sawan yang menyebabkan keradangan otak.

 

Anak mengamuk nak bakar motor

Sejak dari itu, si ibu mengalami kesukaran terutamanya untuk mencari nafkah keluarga kerana keadaan si anak seperti itu membuatkan dia bimbang keselamatan kanak-kanak itu.

Lebih tragis lagi, anaknya juga pernah mengamuk dan membakar motorsikal ibunya yang selama ini digunakan mencari rezeki.

Hantar anak pulang Indonesia

Walaubagaimanapun, ibu tunggal itu berhasrat ingin menghantar anaknya pulang ke Indonesia untuk dijaga oleh atuk dan neneknya pula di sana.

Demikian mengenangkan nasib diri yang masih belum stabil, ditambah pula dengan pelbagai tunggakan yang perlu diselesaikan, sedang status ekonominya pula bermasalah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen