Membayangkan tragedi kemalangan yang berlaku di atas jalan raya melibatkan pacuan dua roda memang mengerikan.
Namun, adakalanya ia berlaku bukan disebabkan kecuaian diri sebaliknya kerana sikap tidak berhemah pengguna jalan raya lain yang hanya mementingkan diri sahaja.
Tergolek atas jalan dilanggar kereta
Misalnya seperti yang menimpa penunggang motosikal ini yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di laman Twitter.
Menerusi video berdurasi 23 saat itu, menyaksikan detik kejadian motosikalnya disondol sebuah kereta berwarna hitam dari arah belakang.
Terkedu motor keluar api
Pun begitu, pemandu terbabit tidak memberhentikan kenderaannya, malah memecut laju meninggalkan mangsa yang sudah terbaring di atas jalan.
Bertambah tragis lagi, pelanggaran itu menyebabkan motosikal yang ditunggang individu berkenaan mengeluarkan api dan terseret sejauh beberapa meter dari lokasinya dilanggar.
Masih tunggu perkembangan
Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan dan orang ramai mengharapkan agar ada pihak mengambil maklum akan hal itu.
"Kena jatuhkan hukuman"
Dalam waktu sama, mereka turut meluahkan rasa marah kerana tragedi yang berlaku amat memilukan sekaligus terbayangkan nasib penunggang motosikal ketika ini.
"Semua bawa macam tak ada hari esok"
"Jahat betul perangai"
Tinggalkan Komen