Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook memaklumkan sejumlah 624,000 vaksin untuk kanak-kanak telahpun selamat tiba di Malaysia pada jam 7.15, hari ini.
Vaksin dari Belgium selamat tiba
Pihaknya memaklumkan vaksin jenis mRNA Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) yang tiba merupakan penghantaran pertama dari kilang Pfizer Belgium dan telah diuruskan oleh syarikat farmaseutikal dan DHL.
Kemudian, vaksin tersebut akan dihantar ke 16 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara, termasuk penghantaran menerusi udara dari Subang ke Sabah dan Sarawak mengikut jadual penerbangan yang telah ditetapkan.
Pendaftaran vaksin telah dibuka
Terdahulu, KKM memaklumkan pendaftaran vaksin melalui sistem janji temu telahpun dibuka bagi kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
Untuk rekod, sehingga Jumaat seramai 484,639 kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut telah mendaftar MySejahtera
Tinggalkan Komen