Dua jam tak jumpa kereta, staf siap naik van pusing bangunan tolong cari

Insiden terlupa tempat letak kereta bukanlah asing lagi dalam kalangan kita, terutamanya bagi mereka yang sejenis pelupa.

Meskipun sudah diingatkan untuk mengambil gambar tiang dan sebagainya, namun tidak dinafikan masih ada yang kurang mengambil perhatian akan perkara itu sehinggalah akhirnya terkena batang hidung sendiri.

Jenuh cari kereta tak jumpa

Berdepan nasib sama, Yana Romly menerusi hantarannya berkongsi detik bilamana dia dan suami buntu mencari kereta yang diletakkan di sebuah bangunan 'mall' apabila masing-masing terlupa untuk mengambil nombor tiang.

 

 

Terpaksa naik van pusing bangunan

Misi pencarian yang memakan masa hingga 2 jam itu akhirnya memutuskan mereka untuk meminta bantuan daripada pihak pengawal dan penjaga tempat letak kereta di situ bagi memudahkan urusan mencari kereta.

Lebih melucukan, pihak 'mall' itu terpaksa menggunakan van untuk pusing bangunan mencari di setiap aras.

Akhirnya 'trace' guna no plat

Walaubagaimanapun, usaha tersebut tidak berjaya dan akhirnya mereka menjejaki kereta dengan kaedah 'trace' menerusi no plat kereta.

 

 

 

"Pernah kena dulu"

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai yang akui terhibur mengenangkan nasib mereka kerana kejadian seperti itu sudah biasa terjadi.

 

 

"Mesti berdebar kan..."

 

 

"Lepastu teringat naik grab"

Bukan itu sahaja, rata-ratanya juga sempat berseloroh dengan gurauan merereka yang bersahaja.

 

"Dengar cerita sampai lusa cari"

"Kena sorok bunian"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen