Dah sampai rumah penerima, ibu 'terciduk' buah strawberry kena gigit

Profesion sebagai seorang pembuat servis kejutan atau 'surprise delivery' memang menyeronokkan, terutamanya apabila melihat penerima tersenyum gembira menerima kejutan itu.

Pun begitu, mereka tidak pernah lari dari pelbagai  masalah baik melibatkan proses pengendalian atau pelanggan yang semua sedia maklum akan karenah mereka yang bervariasi dan sering berubah.

Ibu terkedu buah strawberry kena gigit

Berdepan nasib sama, dia yang juga membuat perkhidmatan tersebut jadi hilang kata selepas gubahan buahan yang dibuat untuk pelanggan jadi 'togel' selepas anaknya makan sebiji buah dari gubahan itu.

 

 

 

Dah sampai depan rumah penerima pula

Lebih mencemaskan lagi, sewaktu kejadian dia telahpun berada di hadapan rumah penerima dan sayangnya,  tiada bahan 'extra' dibawa untuk digantikan dengan buah strawberry yang telah digigit.

Hal itu, tidak lain tidak bukan pastinya kerja anak lelakinya yang ketika itu berada di tempat duduk belakang bersama dengan gubahan tersebut.

"Nasib baik sebiji je"

Melihat reaksi selamba si kecil membuatkan netizen ikut geram selain akui terhibur dengan gelagatnya, namun dalam waktu sama tumpah rasa simpati mengenangkan perasaan ibunya yang pasti serba salah.

 

"Anak dah lama rancang"

"Lupa nak lap dik mulutnya"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen