Haiwan kesayangan mati dilanggar lari, lelaki mengamuk balas dendam

Oleh: Shasha Zack

Kepada pencinta haiwan, pasti sakit rasanya jika haiwan kesayangan yang dijaga bagaikan keluarga, ditatang bagai minyak yang penuh akhirnya maut akibat langgar lari.

Begitulah yang dirasai seorang lelaki, apabila anjing kesayangannya maut ketika dilanggar kereta hingga dia tidak dapat mengawal emosi.

Dah langgar, boleh pulak cakap "itu cuma anjing yang dah mati!"

Kejadian yang berlaku di Taiping Perak menunjukkan seorang lelaki dipercayai tuan kepada anjing yang mati dilanggar mengamuk dengan memukul kereta yang melanggar haiwan kesayangannya dengan batang besi.

Difahamkan apa yang membuatkannya mengamuk sedemikian adalah kerana tindakan individu yang melanggar langsung tiada rasa bersalah, malah berkata dengan sinis bahawa ianya hanya seekor anjing yang telah mati.

"Hilang haiwan peliharaan umpama hilang family..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan lelaki tersebut yang mengamuk atas kejadian yang menimpa anjing kesayangannya. Malahan, netizen turut berang dengan wanita yang merakam dipercayai pelaku atas sikap kurang ajar tanpa rasa bersalah.

"Kawasan perumahan, bawa lah slow..."

"Aku ada terbaca at FB, bukan lepas merata tapi anjing tengah keluar dengan uncle..."

"Perempuan yang rakam cakap "tu kan cuma anjing"...

Anda masih keseorangan?

1,091,757 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen