"Taknak hukum sesiapa..." - Rakan kongsi luahan suami hilang keluarga, anggap takdir tertulis untuknya

Oleh: Shasha Zack

Tabahnya seorang insan bergelar suami apabila kehilangan isteri tercinta bersama 3 anak dalam nahas jalan raya yang sadis dan menyayat hati.

Menerusi perkongsian Ustaz Haji taufik UT di Facebook, beliau berkongsi luahan rakannya, Ustaz Nazri mengenai kejadian yang baru berlaku, buat ramai sebak.

"Kata-kata yang cukup sabar, sedangkan berat ujian beliau..."

Kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata, meragut nyawa 4 insan tercinta dalam hidup buat selamanya merupakan ujian paling berat perlu dilalui seorang insan bergelar ketua keluarga.

Ustaz Taufik yang juga sayu dengan kehilangan dialami sahabatnya mendedahkan kata-kata Ustaz Nazri yang mengundang sebak ramai apabila dia menerima takdir yang tertulis buatnya tanpa menyalahkan sesiapa.

"Saya tak nak hukum sape betul dan sape salah, tapi dengan keadaan sekarang yg berlaku, sebagai iktibar untuk orang lain. Sape betul dan salah, kita serah pada Allah Taala. Ini geroh (takdir) keluarga saya."

Konvoi bersama abang ipar untuk ke majlis anak saudara

Terdahulu, Ustaz Nazri yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, Gua Musang berkata, mereka sekeluarga bersama abang iparnya, Mohd Zaid, 46, bertolak dari kuarters kediaman di Felda Aring 1, 10 pagi semalam untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara isterinya di Kajang, Selangor sebelum dirempuh Nissan Navara di persimpangan lampu isyarat yang dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen