Zaman sekolah yang penuh dengan kenangan pastinya membuatkan kita tersenyum sendiri, ditambah pula dengan kenakalan diri yang tidak dapat dibendung sehingga membuatkan guru naik pening.
Namun, marahnya mereka adalah tujuan mendidik dan percayalah guru-guru ini tidak pernah putus mendoakan kejayaan untuk pelajarnya supaya kelak menjadi insan yang berguna.
Pernah dianggap tiada masa depan
Mengambil iktibar dari kisah pemuda bernama Shahrill Amri, dia menerusi muat naik hantarannya di Tiktok memaparkan beberapa keping gambar bukti kejayaannya.
Pelajar cari guru untuk ucap terima kasih
Dalam waktu sama, dia turut meminta warga netizen atau bekas pelajar di sekolahnya dahulu mencari cikgu Firdaus yang dahulunya pernah menganggap dirinya tiada masa depan.
Pun begitu, niatnya berbuat demikian bukanlah untuk membalas dendam sebaliknya ingin mengucapkan terima kasih kerana teguran dan didikan yang diberi gurunya, dia kini menjadi seorang yang berjaya.
"Cikgu Firdaus hadir..."
Dengan kuasa viral, siapa sangka cikgu yang dicari akhirnya muncul di ruangan komen akui bangga melihat bekas pelajarnya menjadi 'orang'.
Lebih menyentuh hati, guru berkenaan juga mendedahkan perangai Shahril dahulu yang tak pernah melawan atau memberontak walaupun dimarah serta menghormati guru.
"Cikgu garang tapi mendoakan..."
Dalam waktu sama, Sharil juga dipuji kerana nilai budi yang ada pada dirinya membuatkan ramai mengagumi pemuda itu.
Tinggalkan Komen