Tak rela berpisah dengan Tokwan, kanak2 perempuan nangis meraung diusik mak saudara

Oleh: Shasha Zack

Berpisah dengan orang tersayang lebih-lebih lagi keluarga sememangnya sangat sedih terutama dengan orang yang paling rapat dengan kita.

Begitulah yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan yang tak tahan sebak hingga menangis teresak-esak apabila terpaksa berpisah dengan Tokwan tercinta.

Mula2 steady, tapi bila mak sedara nyanyi tambah pulak cousin gelak, terus meraung

Menerusi perkongsian @shopeeka di Tiktok, dia merakamkan kronologi kejadian anak buahnya memujuk bapanya untuk tinggal bersama Tokwan tersayang namun telah ditolak mentah-mentah.

Sedih dengan kenyataan, kanak-kanak tersebut dilihat menahan air mata namun akhirnya tumpah jua setelah mendengar nyanyian dari ibu saudara ditambah dengan gelak sakan sepupu yang seakan mengejek dirinya.

"Sampai terlompat2 budak tu menangis..."

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi di mana ada yang sedih namun tak kurang yang terhibur dengan gelagat mak saudara yang kuat menyakat sehingga budak perempuan tersebut meraung kesdihan.

 "Ulang2 tengok terhibur, kesian pulak budak tu menahan sakit hati..."

 "Sis pon mengalir air mata..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen