Curi ‘handphone’ agar anak terus belajar, bapa sebak lepas dibebaskan polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Demi anak dapat menyertai sesi pembelajaran secara online, seorang bapa di Bangka Belitung, Jakarta ditangkap akibat mencuri telefon bimbit.

Bagaimanapun, bapa berkenaan dibebaskan selepas pihak polis mempertimbangkan situasi yang membuatkan dirinya bertindak sedemikian.

Terharu kesnya digugurkan, lelaki yang mahu dikenali sebagai RC itu dilihat menangis sekaligus melakukan sujud syukur.

Bukan itu sahaja, anaknya juga diberikan hadiah berupa telefon bimbit oleh Ketua Pendakwa raya Negeri Pangkalpinang, Jefferdian.

“RC didakwa mencuri telefon bimbit milik seorang mangsa di Alun-alun Taman Merdeka.

“Tujuan dia bertindak demikian adalah supaya ia dapat digunakan oleh anaknya dalam pembelajaran secara online,” kata Jefferdian.

Katanya, pengguguran kes tersebut dibuat selepas melakukan penilaian terperinci dan mempertimbangkan situasi keluarga tertuduh termasuk motif pencurian adalah agar anaknya dapat belajar.

“Selepas dinilai, mereka merupakan keluarga yang serba daif selain motif pencurian adalah bagi memastikan anaknya dapat belajar secara online menggunakan telefon bimbit,” jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen