"Ingat kami kambing ke?" -Geletar tahan marah, pakcik 'sound' petugas PPV sebab biadap?

Profesion yang memerlukan kita berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang ramai sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Bukan itu sahaja, kita juga akan mendepani pelbagai ragam umat manusia dari setiap lapisan umur yang mana secara tak langsung kadang-kadang membuatkan seseorang hilang sabar.

Walaubagaimanapun, dalam tegasnya kita menjalankan tugas, perlulah juga sentiasa menjaga adab terutamanya dengan warga emas yang semua sedia maklum akan sikap mereka yang suka 'ikut kepala' sendiri.

"Ingat kitaorang kambing ke?"

Berkongsi pengalaman, dia bernama Din menerusi hantarannya di Tiktok menyaksikan gelagat dua orang petugas PPV hilang arah selepas ditegur olehnya di hadapan orang ramai.

 

 

 

Dalam entri tersebut, kedengaran Din menegur petugas berkenaan kerana biadap sewaktu meminta penerima vaksin yang sedang menunggu giliran untuk duduk, barangkali kerana suara mereka kedengaran agak lantang.

"Dia tahan sabar tu"

Lebih menjadi perhatian, tangan Din juga sepertinya menggeletar menahan marah sehinggakan video yang dirakam mengalami sedikit gegaran sehingga penghujung rakaman.

 

 

"Lain macam getar..."

 

"Bagus pakcik, pernah kena juga"

Pun begitu, ada juga dari kalangan netizen menyokong tindakannya kerana perkara sama juga pernah terjadi kepada mereka.

"Jaga budi bahasa"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen