Selit nombor telefon dalam tisu, adik beradik gigih tolong abang ngorat akak 'waiter'

Tidak semua orang berani untuk meluahkan perasaan, baik lelaki mahupun perempuan.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka masih bujang meskipun usia makin meningkat melainkan jika keluarga atau kenalan terdekat sudi membantu mereka memulakan langkah.

Malu tapi mahu

Namun, siapa sangka kejadian sama turut menimpa pemuda ini bilamana adik beradiknya lah yang paling bersemangat untuk bantu dirinya mengorat seorang staf perempuan di sebuah restoran.

'Moment' melucukan itu ada dimuat naik olehnya dengan menggunakan nama Imran Amran di laman Tiktok sehingga membuatkan orang ramai tertunggu-tunggu hasilnya.

 

 

 

Adik beradik gigih bantu abang pikat

Dalam entri itu, Imran sudah bersiap sedia dengan menuliskan nombor telefon bimbitnya di dalam lipatan tisu untuk diberikan kepada gadis yang berjaya menambat hatinya.

Pun begitu, dia tidak berani untuk memberinya secara langsung, jadi kakak-nya lah yang menyampaikan tisu itu kepada gadis berkenaan dengan harapan dia sudi berkenalan.

Sesi berkenalan lancar

Teruja melihatkan usahanya, rata-ratanya jadi tidak sabar sehingga ada yang meminta Imran berkongsi pula bukti perbualan mereka jika gadis itu menyambut baik salam perkenalan darinya.

 

 

 

 

Meskipun masih dalam fasa awal perkenalan, namun warga netizen mendoakan agar mereka berjodoh dan dipermudahkan urusan seterusnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen