Peluk ibu minta ampunkan dosa, kakak tak sangka adik bagi macam2 tanda sebelum lemas

Perkelahan empat sekawan bertukar tragedi apabila dua orang daripada mereka ditemui lemas sewaktu bermandi-manda di kawasan rekreasi Air Terjun Batu Berangkai.

Menurut sumber, mangsa lemas dikenali sebagai Muhammad Fikri dan Muhammad Amirul Hafidz Ma'asor yang masing-masing berusia 20 tahun.

"Seperti ada tetamu ingin datang..."

Terpukul dengan insiden menimpa, keluarga kepada salah seorang mangsa dikatakan sempat mengemas rumah keluarganya sehari sebelum berangkat.

Namun, tidak menyangka kelakuan pelik Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz merupakan petanda awal pemergiannya dalam tragedi tersebut.

"Semalam, kelakuannya dilihat agak pelik seperti ada tetamu yang ingin datang ke rumah kami..."

"Kami tidak menyangka rupanya akan menyambut kepulangan jenazah arwah adik buat kali terakhir."

-Kakak arwah-

Tambah Siti Suzelawati yang juga merupakan kakak kepada arwah Amirul, kebiasannya arwah adiknya itu tidak mengambil peduli sekiranya diminta melakukan demikian sebelum ini.

Sempat peluk minta ibu ampunkan dosa

Malah, Allahyarham turut sempat memohon maaf kepada ibunya sebelum kejadian itu.

"Arwah sempat memeluk dan menciumnya sambil meminta ibu mengampunkan segala dosanya sebelum bertolak ke Perak."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen