Pulang dalam plastik sampah, wedding planner demam 3 hari tengok baju pengantin kotor melampau

Oleh: Shasha Zack

Beberapa hari lalu, tular beberapa video yang dimuat naik oleh seorang 'wedding planner' yang kecewa apabila baju pengantin yang dipinjamkan pada pelanggan, dipulangkan dalam plastik sampah.

"Customer biadap, baju kotor teruk!"

Menerusi temubual bersama MStar, 'wedding planner' yang dikenali sebagai Zamri menyatakan baju yang dipulangkan penuh dengan kesan tompokan minyak dan lumpur sehingga kotoran tersebut sukar ditanggalkan.

“Bila saya buka plastik nak hantar pergi cuci dekat dobi, saya sedih tengok keadaan baju. Baju yang saya baru sewakan sekali saja pada pengantin ni penuh dengan lumpur dan minyak."

“Paling tak boleh terima bila pekerja kedai dobi di situ beritahu minyak pada kain tu susah nak tanggal. Sedih betul saya kena macam ni sampai tiga hari demam lepas kejadian tu,.” 

"Baju ni custom made, kos nak buat RM3000..."

Zamri turut berkata, baju pengantin yang dihasilkan adalah baju yang direka khas dan 'custom' made dengan kos pembuatan sebanyak RM3000.

 

Kesal dengan apa yang berlaku, Zamri menyifatkan insiden ini adalah yang terburuk pernah berlaku sepanjang kerjayanya yang mencecah 12 tahun.

“Silap saya tak ambil deposit sewa baju. Tak pernah lagi ada masalah macam ni sebelum ni. Selalunya kalau kotor pun saya boleh basuh tak ada masalah pun. Tapi kotor baju yang ni agak melampau, saya tak boleh terima."

"Saya dah bagi harga murah, tapi macamni pulak jadi, patutnya jaga lah jangan sampai rosak..."

Tambah Zamri lagi, dia lebih kecewa kerana kos sewaan hanya sebanyak RM2500 bagi set pelamin dan aksesori yang mana ianya harga yang sangat murah. Namun, Zamri akui kecewa ini adalah balasan customer terhadap kebaikannya.

“Saya tak minta pun customer basuh baju mereka sewa. Saya cuma minta jaga jangan sampai rosak saja. Kena ingatlah semua tu sewaan bukan hak milik.” 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen