7 Panduan Lengkap Untuk Menempah Kad Kahwin, Jangan Ada Yang Terlepas Pandang.

Bila anda telah memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan, kad kahwin merupakan perkara pertama antara lain-lain yang terlintas difikiran. Ini kerana, melalui kad kahwin, anda dapat menyampaikan banyak maklumat tentang majlis perkahwinan anda. Namun, ada sesetengah pasangan pengantin terlepas pandang perkara-perkara penting yang diperlukan dalam menempah kad jemputan perkahwinan.



Berikut merupakan panduan lengkap bagi anda yang ingin menempah kad jemputan perkahwinan.

1. Bila nak tempah.

Sebaik-baiknya mula membuat tempahan seawal 2 - 4 bulan lebih awal dari tarikh Majlis. Biasanya kad yang berkualiti mengambil masa selama 2 - 6 minggu untuk disiapkan. Selain itu, ini juga dapat memastikan anda mempunyai masa yang selesa untuk mengedarkan kad tersebut.

2.Design dan jenis kad.

Sebaiknya ia memberi gambaran majlis yang bakal berlansung. Jika majlis mementingkan kesederhanaan, maka kad seharusnya juga melambangkan kesederhanaan. Begitu juga sebaliknya.

Selain itu, warna pada kad juga boleh diselarikan dengan warna tema majlis anda. Jika anda menempah secara pakej yang termasuk penunjuk arah, banner dan banting, pastikan ia sama dengan design kad supaya bakal tetamu mudah mengenali lokasi majlis anda.



3. Maklumat majlis.

Pastikan pekara asas seperti tarikh, aturcara majlis, nama pasangan, nama waris dan beberapa pekara penting disemak dengan teliti sebelum kad dicetak.

Dari pengalaman kami, ramai yang terpaksa mencetak semula kad kerana terlepas pandang waktu semakan akhir dibuat sebelum kad dicetak. Jika ini berlaku, kad jemputan anda mengambil masa yang lebih lama untuk siap dan anda akan kehilangan banyak masa untuk buat jemputan.

4. Nombor telefon untuk dihubungi.

Masukkan lebih dari 2 nombor untuk dihubungi ke dalam kad jemputan. Biasanya bakal tetamu akan menghubungi nombor-nombor ini apabila mereka gagal mencari lokasi majlis pada hari majlis berlangsung. Lagi ramai jemputan, lebih banyak nombor harus dimasukkan.

Pastikan anda meletakkan nombor-nombor mereka yang mahir tentang jalan setempat supaya mereka mudah membantu bakal tetamu menemui lokasi majlis.

5. Bahan dan warna cetakan.

Pastikan anda mencetak kad menggunakan 'warna kalis air' di atas 'kad keras'. Biasanya kad disimpan agak lama oleh bakal tetamu sebelum majlis berlansung. Kad keras mengelakkan ia terkoyak apabila terlipat, diselit atau terkena air.

Warna kalis air pula memastikan maklumat kekal jelas walaupun anda menggunakan perkhidmatan pos yang terdedah kepada kemungkinan terkena hujan. Dakwat kali air juga biasanya lebih tahan lama sekurang-kurangnya sehingga tarikh majlis dilansungkan.



6. Peta lokasi majlis.

Elakkan menggunakan peta yang diambil terus dari Google Map kerana ia agak umum dan kadangkala tidak meletakkan beberapa 'landmark' setempat yang penting. Adalah lebih baik anda melakar sendiri peta ke lokasi majlis dan minta pihak pencetak cantikkan dengan sentuhan pereka grafik mereka.

Antara 'landmark' penting adalah seperti surau, masjid, sekolah, pasaraya terkenal, kedai 24jam, jambatan besi dan pelbagai lagi panduan setempat yang penting.

7. Jumlah kad berbanding jemputan.

Biasanya nisbah kad dengan jumlah jemputan adalah 1 kad kepada 2 tetamu. Jika anda bercadang menjemput 1000 tetamu, anda perlu menempah 500 kad. Walaupun adakalanya tetamu datang sekeluarga yang terdiri dari 5 orang tetapi ramai juga yang tidak dapat hadir pada hari majlis dilangsungkan. Ini mengimbangi nisbah kad kepada jumlah tetamu.

Namun begitu, jika majlis berlangsung pada bukan waktu puncak, peratus kehadiran amat tinggi dan biasanya pihak catering meletakkan nisbah kad kepada jemputan; 1 kad kepada 3 tetamu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen