Rumah diserbu JAIM awal pagi, ibu tunggal terkejut jiran tuduh berkhalwat

Memiliki jiran yang baik merupakan satu anugerah kerana percaya mereka akan selalu ada di saat kita memerlukan bantuan dan sebagainya, lebih-lebih lagi apabila berjauhan daripada keluarga atau kenalan.

Namun, lain pula yang menimpa wanita ini bilamana terpaksa menahan 'sakit hati' berjirankan manusia berhati busuk selama 14 tahun mendiami rumahnya di Tangga Batu, Melaka.

Rumah diserbu JAIS pukul 12.30 tengah malam

Menerusi perkongsian Mira, menyaksikan kediamannya diserbu oleh Jabatan Agama Islam pada jam 12.30 tengah malam selepas pihak berkuasa menerima aduan berkaitan khalwat.

 

 

 

Malu dengan jiran

Walaubagaimanapun, Mira mendedahkan bahawa itu merupakan kali ketiga rumahnya diserbu menyebabkan dia dan anak-anak malu apabila insiden itu menjadi perhatian jiran tetangga yang lain.

"Kali pertama semasa saya balik kampung, serbuan waktu siang... ia diceritakan sendiri suami (kini bekas suami) kerana pada masa itu, dia sedang cuci kereta."

"Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik. Masa tu serbuan pukul 9 pagi."

-Mira-

"Dah berapa bulan tak jumpa keluarga"

Bukan itu sahaja, Ibu tunggal kepada lima orang anak itu juga berkata dia pernah dikompaun RM1000 pada hari raya pertama musim PKP.

Tambahnya, tidak lain tidak bukan pastinya aduan tersebut dilakukan oleh jiran di kawsan rumahnya.

"Kita dah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga, jadi adik beradik tiba-tiba datang serentak dan jiran ni buat report polis sampai saya kena kompaun."

"Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia , tegur salah dia tapi dia cari salah kita."

-Mira-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen