Ingat Ya! Jangan Sebut 6 Perkara Ini Jika Datang Ke Majlis Kahwin, Silap-Silap Boleh Buat Pengantin Sentap.

Saat anda terima jemputan majlis kahwin sahabat, pastinya anda rasa seronok kerana berpeluang cuci mata melihat dekorasi yang tersergam indah, selain berjumpa dengan kenalan baharu dan lama.



Dalam meraikan kegembiraan sahabat anda mengakhiri zaman bujang, mungkin tanpa anda sedar ada kata-kata yang anda sebut telah membuatkan pasangan pengantin sentap dan berkecil hati.

1. 'Malam pertama nanti kau dah prepare ke nak buat macam mana?'

Perasan tak, gurauan ini sering kita sebut bila jumpa pasangan pengantin terutamanya jika sahabat kita yang kahwin. Walaupun ia sekadar gurauan namun sebenarnya ungkapan ini tidak sesuai disebut lebih-lebih lagi saat sahabat anda meraikan hari bahagianya. Selain tak manis, tak perlulah anda nak masuk campur urusan hubungan intim mereka. Tahu la mereka nanti nak buat apa...



2. 'Bersiap sedia ya, kahwin ni bukan seindah macam zaman kau bercinta'.

Aduhai! Tak perlu la rasanya anda nak sebut perkara macam ini. Memang alam rumah tangga penuh dengan cabaran namun dengan cabaran itulah yang boleh buat suami isteri itu lebih matang. Anda sepatutnya mendoakan yang baik-baik dan berikan kata-kata positf untuk sahabat anda itu, bukannya menakutkan dia dengan benda-benda macam ini. Lagipun biarlah dia dan pasangannya mencorakkan sendiri kehidupan rumah tangga mereka.

3. 'Nasib ada orang nak pada kau kan? Kalau tak membujang la sampai ke tua'.

Kalau sebut perkara macam ini mahu sahabat anda itu tarik muka 12. Silap-silap boleh putus sahabat. Walaupun mungkin anda sekadar bergurau namun biarlah kena pada tempatnya. Mungkin sahabat anda itu kahwin lewat berbanding anda, namun janganlah membuatkan dia sedih di hari meraikan cintanya bersama pasangan yang dikasihi. Lagipun jodoh dan pertemuan itu kan takdir Allah SWT.

4. 'Alamak beb, warna baju yang kau pilih ni buat kau nampak besar la'.

Bersikap jujur memang la bagus, namun dalam situasi sebegini sepatutnya anda kena la pandai cover line. Tak perlu anda nak berterus-terang kalau memang betul pun baju yang sahabat anda pilih itu membuatkan dia nampak besar. Bukankah lebih baik kalau anda memujinya? Sekurang-kurangnya memberi keyakinan untuk sahabat anda itu melangkah ke pentas pelamin.



5. 'Eh, kau tak jemput ex kau datang majlis kahwin ni ke?'

Anda dah kenapa, sibuk nak tanya pasal ex sahabat anda itu? Dia yang kahwin, anda pula yang sibuk menanyakan sapa yang dijemput. Tolong jangan tanya pertanyaan macam tu sebab itu kan hak peribadi sahabat anda, lagipun terpulang kepadanya siapa yang ingin dia jemput ke majlis kahwinnya.

6. 'Fuyoo! Meriahnya majlis kau. Berapa kau berhabis ni?'

Jangan sesekali menanyakan perihal kewangan kepada sahabat anda yang berkahwin kerana mungkin hal ini sensitif untuk dibincangkan. Lagipun tidak sesuai untuk anda bertanyakan soalan ini ketika majlis hari bahagia sahabat anda itu. Kalau beria pun anda nak tanya sebagai rujukan untuk anda melangsungkan perkahwinan nanti, anda boleh ajukan soalan ini selepas beberapa minggu sahabat anda kahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen